![]() ![]() |
|
|
|
Part 2 :)
23 It's not so different from what we've done for the last two decades.
Except, I have this awful feeling that something's going to happen. This feeling is so over powering, making it hard to breathe. Every second takes him further and further away from me. I want to go after him. I want to beg him to stay and never leave my side. Why couldn't I just tell him what he wanted to hear? Why couldn't I just tell him I love him? Instead, I say nothing. I do nothing. I just stand and watch him disappear, not having the courage to call him back. A tear runs down my cheek. Somehow, I know, deep in my soul, I will never See Jack again. © By Melba C. Flores "Tolonglah makcik, Hakim...makcik dah tak daya nak buat apa-apa dah. Makan kena dipaksa, asyik duduk dalam bilik menghadap laptop. Lisa pun tak boleh nak get through her. Please Hakim? Balik hujung minggu ni? Makcik dengan pakcik tanggung travel cost Hakim ya?" Panggilan telefon itu yang membuatkan dia berdiri di hadapan pintu bilik berwarna kuning cair sekarang ini. Ada seminar tentang subjek kegemarannya esok- Architectural Styles of Mosque in Malaysia... tapi semua itu ditolak ke tepi, walaupun dia dah lama menghitung hari untuk menghadiri program itu. Bau harum kopi menusuk ke deria baunya sebaik sahaja pintu bilik terbuka. Hakim mengerutkan dahi. Kopi & Adreanna? Mustahil. Anna paling tak suka kopi. Semua orang maklum tentang hal itu. Matanya tertancap pada tubuh Anna di study table, memakai night shirt berwarna baby blue separas betis. Perlahan-lahan dia menghampiri gadis itu, diintai apa yang dilakukan oleh Anna yang membuatkan dia tidak berinjak daripada depan laptop sejak tiga hari lalu. Sehingga dia masuk ke dalam bilik pun, tidak diendahkannya Patutlah budak ni sampai ter'gam' di hadapan komputer. The Sims yang sedang terpapar di skrin sememangnya bisa melalaikan pemain berjam-jam lamanya. Berhari-hari pun boleh... "Anna. Oi, aku ni," Hakim berdiri betul-betul di belakang Anna. Tarik rambut tu karang baru tau. Reti pulak nak simpan rambut gaya perempuan dah besar-besar panjang ni. Kalau dulu tu, memang tak sah kalau gaya rambut tu tak buat orang susah nak teka kau dengan aku dari belakang. "Anna-plastic, dah berapa lama tak bersihkan telinga tu?" Hakim menguatkan suaranya. Masih tiada apa-apa respon daripada Anna. Dia mula hilang sabar. Hakim bergerak ke sisi lalu menarik tubuh Anna agar berhadapan dengannya. Dia turut melutut, supaya wajahnya dan wajah Anna berada pada level yang sama. "Anna, pandang muka aku. Please, hear me…" suara Hakim sedikit bergetar. Pertama kali berhadapan dengan situasi sebegitu. Ini bukan Adreanna yang dia kenal, bukan Anna-nya. Adreanna yang membesar dengannya kuat semangat, tak mungkin wajah lesu di hadapannya kini kepunyaan Anna. "Piwul?" kelopak mata Anna bergerak-gerak seiring dengan bola matanya yang memerhatikan Hakim dari atas sampai bawah. "Em, Piwul ni," Hakim menelan air liur. "Anna jangan risau ya? Piwul ada kat sini dengan Anna, Anna bukan seorang-seorang. You have me." Setitik air mata jatuh menuruni pipi Anna sebelum dia mengangguk dan membiarkan tubuhnya dipeluk Hakim. ***** "Anna?" suara Luke kedengaran terkejut sebaik sahaja Anna memperkenalkan dirinya. "Lah, telefon dari mana ni? Kan abang dah kata, biar abang aje yang call. Kan mahal call dari Malaysia?" "Anna pakai phone rumah ni. Tak apa, Anna dah kasitau mama dah nak call kawan kat oversea." "Okay, macam tu tak apalah. Ni ada apa call ni? Ada problem study?" Anna melepaskan keluhan di dalam hati. Ini aje lah soalan pertama yang ditanya setiap kali mereka berbual di telefon. Pelajaran sahaja kah yang penting bagi Luke? "Eh, tak ada lah. Study okey je, I'm enjoying it. Anna dah calit biru dah sekarang." "Really? Tu untuk semester 3 dan 4 kan?" "Yep. Abang, actually, ada benda yang Anna nak cakap pada abang ni," Anna menggenggam erat tangan Hakim yang berada di sisinya, buat penguat semangat. "Iye? I'm all ears. Buat abang suspend je lah Anna ni," Luke tertawa kecil. Anna menarik nafas panjang. "Abang, tahniah. Anna dengar abang nak bertunang next month ya? Abang tak beritau Anna pun." Luke terdiam. Tak disangkanya berita itu sampai ke telinga Anna dua minggu selepas dia membuat keputusan untuk menerima cadangan ibunya untuk menjodohkan dia dengan anak seorang teman. Tak lain tak bukan Juliet lah ni. "Sorry ye Anna? Bukan abang tak mau kasitau Anna awal-awal, sekarang abang tengah busy sangat-sangat." Iye lah tu. Bukannya kita tak bertelefon berbulan-bulan lamanya. Baru minggu lepas kita berbual kan? Tak tergerak langsung abang nak beritahu Anna masa tu? "Siapa beritahu ni? Juliet ya?" Salah. "Bukan Juliet. Kash yang beritahu Anna, dalam tiga hari lepas." "Kashell?" suara Luke berubah. "Anna contact dengan Kash ke? Sejak bila?" Apa tujuan kau interrogate aku macam tu sebenarnya? "Occasionally lah. Kalau dia teringat, dia call atau SMS." "Tak pernah Anna sebut pasal ni dekat abang pun? Ni pertama kali abang dengar. Kash pun tak ada cakap?" Tangan Hakim semakin erat dipegang. "Tak ada apa pun. Dia just call nak beritahu abang akan bertunang je." Hakikatnya Kashell begitu risaukan dia ketika itu. "Anna…please…don't cry…" Air matanya keluar terus sebaik sahaja Kashell mengkhabarkan berita pertunangan Luke. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Bukankah dia telah berkali-kali meyakinkan diri yang dia sudah putus asa dengan kemungkinan hubungannya dengan Luke? Bukan kah dia sudah tawar hati dengan abang sulung Juliet itu? "Aku dah agak dah…aku tau dah kau suka pada Luke. Aku tau kau dia selalu call kau dari UK tuh…" Macamana Kash tau…? "Aku benci lah bila kau tak boleh bercakap time nangis, Anna. Ada sekali tu, we were talking about Juliet yang jadi macam ular sawa lepas SPM, then dia terlepas cakap pasal kau terjatuh longkang lepas habis last paper. Since then, aku buka telinga luas-luas, and yes, ada few times lagi benda-benda berkaitan dengan kau slipped hi tongue, tapi aku buat-buat tak tau je…" Then, am I important to him?... "He won't tell you himself about this… Itu ada lah Luke. Aku ingatkan mula-mula ada harapan dia dengan kau, serius. Aku tak pernah dengar dia cakap pasal perempuan lain selain daripada kau. Aku sendiri terkejut beruk bila dia beri lampu hijau pada our mother untuk tunangkan dia dengan budak perempuan tu." "Abang, lepas ni, Anna harap abang tak call Anna lagi ya?" Anna cepat-cepat bersuara sebelum sempat Luke mencelah untuk memberi komen tentang dia berhubungan dengan Kash. "Eh, kenapa?" Luke benar-benar terkejut. I need to be strong. "Abang kan dah nak tunang dah. Mana boleh nak telefon perempuan lain sesuka hati dah. Kesian tunang abang jealous-jealous nanti. Anna tak mau lah jadi pengacau abang dengan tunang abang nanti." "Takkan lah sampai macam tu sekali kot…" Smile. Biarpun dalam tangisan…"Alah…abang takkan terputus langsung dengan Anna lah. Juliet kan ada. Okey abang. Terima kasih atas prihatin abang pada Anna selama ni. Agaknya kalau bukan abang yang beri semangat pada Anna, Anna tak lepas kot SPM dengan flying colors. Assalamualaikum." "Anna, tung-" *Click * "I'm so proud of you," Lisa di sebelah kanan Anna mengelap pipi adiknya yang basah. ~END PART 1~
22 Kadang-kadang Anna tertanya sendiri, apa status hubungannya dengan Luke? Lelaki itu rajin menghubunginya, dan setiap kali merela berbual, tak pernah Luke lupa untuk memberikan kata-kata semangat. Apatah lagi sejak Anna sudah memegang title ‘bakal jururawat’ di atas dahinya beberapa bulan lalu, makin galak pula abang sulung Juliet itu menelefonnya. Tapi… Awal-awal dahulu, dia memang teruja sungguh-sungguh bila mendapat panggilan daripada Luke. (ecstatic lebih tepat). Dia memang minat pada Luke. Minat sangat-sangat. Dan tipulah kalau dia tidak pernah mengharapkan hubungan baik mereka melangkah ke level yang seterusnya. Ini tidak… sama sahaja dari beberapa tahun lepas. Anna akan bercerita tentang aktivitinya, diikuti oleh Luke dan kemudiannya Luke akan menasihatinya supaya rajin belajar. Kalau ada pun variasinya, adalah apabila lelaki itu mula bersyarah tentang apa-apa yang kurang disenanginya. Misalnya 1-keakrabannya dengan Hakim. 2-asyik bertanyakan tentang Johan 3-Anna diberi peringatan agar tidak terlalu rapat dengan lelaki, tak kiralah, doktor ataupun pesakit-pesakit. 4- apabila Anna bercerita tentang ada staf hospital atau patient mengusik-usiknya. Hello? Apa sebenarnya motif Luke menyampaikan syarahan free tersebut? Cemburu? Kenapa mahu cemburu pula? Antara mereka tidak pernah termeterai apa-apa perjanjian pun. Luke tidak pernah sekali pun menyebut apa-apa yang menunjukkan dia ingin ‘berkawan secara serius’ dengan Anna. Tempoh hari dia bergayut denga Juliet.Gadis itu mengadu tentang Luke yang semakin ketat mengawal pergerakannya selepas habis sekolah (despite being thousand miles away). Macam familiar aje apa yang diberitahu Juliet. “Ni dia kat oversea pun boleh dok kontrol aku through phone, apalagi bila dia dah balik ke sini nanti?” suara Juliet kedengaran begitu tertekan. “Dulu macam mana?” “Dulu kan kat boarding school, tak ada lah dia risau sangat. Masa matriks dulu okey lagi, ni bila aku dah start course ni, macam… tak taulah nak kata macam mana, Anna… dua hari sekali dia call aku.” Anna terdiam. Juliet berdehem. “Girl, aku tak kata Luke tu jahat tau. No, tidak sama sekali. He’s everything one could wish for in a brother, I told you right? Tapi…benda-benda macam ni kena ada hadnya jugak. Aku nak keluar discussion dengan lab partner aku, si Hamidi tu pun kena sound hari tu…lepas aku kasitau yang aku berteman, baru dia slow down…” Dan Anna mula dapat meneka apa kedudukannya pada Luke. *** Megat Johari memaksa dirinya tersenyum sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Puteri Noreha. Sudah lebih dua tahun dia berperang dengan perasaan sendiri. Anak sulungnya masih tidak berubah. Walaupun sudah berpuluh kali dirujuk kepada pakar psikiatri, keadaannya masih seperti itu. Bermurung. Depression. Dan menurut doktor ada kemungkinan Noreha juga mengalami bipolar disorder kerana ada beberapa ketikanya dia begitu penuh tenaga berjalan ke sana ke mari, tak boleh nak duduk diam. Ada sahaja yang dia mahu lakukan. Kalau ada yang dimahukan tak dapat, mulalah barannya naik. Tidur pun kena dipaksa. Tapi tak lama pun…selepas dua tiga hari, dia kembali berkurung di bilik, menangis bersendirian. Tidak dapat dijangka. “Assalamualaikum Eha,” Megat Johari memberi salam kepada anaknya yang sedang termenung di window seat biliknya, merenung halaman belakang rumah mereka. Puteri Noreha menoleh. “Waalaikumsalam ayah,” tenang Puteri Noreha membalas. Megat Johari mengucapkan syukur dalam hatinya, puteri sulungnya kelihatan normal hari ini. Begitulah. Kadangkala Noreha bersikap natural, seperti dirinya dulu-dulu, sebelum ketenteraman jiwanya direnggut Razif. “Eha buat apa hari ni?” “Tak ada apa-apa pun yah… baca suratkhabar, borak dengan Aina dalam telefon tadi…nak keluar kak Surya tak kasi pulak.” Surya, diminta oleh Megat Johari untuk mengawasi Puteri Noreha sejak mula-mula lagi. Bukan orang lain pun, anak kakaknya juga. Malah, seorang jururawat pula tu. Segala keperluannya ditanggung oleh Megat Johari. Lebih senang hatinya jika anaknya itu dijaga oleh orang yang ada pertalian darah dengan mereka. ‘Eha rasa macam mana hari ni?’ mahu sahaja Megat Johari bertanya begitu. Dia ingin sekali mendengar Noreha menyebut yang dia sudah sihat, sudah boleh bergurau senda seperti dulu. Tapi ditahan mulutnya sungguh-sungguh. Pernah sekali dia menjadikan soalan itu wajib keluar daripada mulutnya. Hasilnya? Puteri Noreha mengamuk tiba-tiba. Dibaling segala apa yang ada dalam bilik. Rambutnya ditarik-tarik. Mulutnya meracau-racau tak tahu apa butirnya. Megat Johari dihurung rasa bersalah berminggu-minggu kerana menjadi precipitation factor Noreha menjadi ‘manic’. Doktor menasihatkan agar lebih bertoleransi pada anaknya itu dan cuba mengelak daripada perbuatan atau perkataan yang berbaur paksaan. “Mummy tak balik kerja lagi yah?” “Belum lagi…Eha lupa mummy outstation ke?” bohong yang ke-...dia pun sudah tidak terkira. Puteri Noreha mengeluh. Wajahnya yang cengkung itu kelihatan keruh. “Jarang sangat Eha nampak mummy sekarang ni… sibuk sangat kat syarikat tu sampai mummy kena outstation setiap minggu?” Megat Johari tiada jawapan untuk soalan itu. Setiap minggu itu sahaja alasan yang diberikan kepada Noreha-Puteri Kamariah outstation. The fact is, wanita korporat itu sudah jarang sekali berada di rumah. Sebagai suami, dia sendiri seakan-akan sudah hilang kuasa untuk menegur Puteri Kamariah. Setiap tegurannya tidak diendahkan langsung, silap hari bulan dia ditengking semula. Hendak menjenguk Puteri Noreha pun jarang sungguh. Rasa sayang pada isteri yang tua beberapa tahun darinya itu…? Yang telah berkongsi hidup dengannya lebih 20 tahun? Ada lagi ke…?Entah…. Yang pastinya…dia tidak mahu kehilangan anak-anak.
21 Anna leka memerhatikan anak-anak kecil bermain di halaman rumah datuknya. Anak-anak tetamu yang datang beraya. Memang setiap tahun rumah Tok Mat akan dikunjungi ramai tanpa perlu diadakan rumah terbuka. Maklumlah, Tok Mat, sebelum dia bersara, merupakan seorang guru Matematik di sekolah menengah kampung mereka. Bukan sahaja menjadi guru di sekolah, malah dia turut mengadakan kelas tambahan secara percuma pada waktu malam.
Teringat waktu dia kecil-kecil dahulu. Lasak bukan main. Tak kira waktu. Dengan baju kurung tersarung di badan pun dia boleh berkejaran hendak menangkap anak ayam. Boleh bergasak dengan Hakim dan sepupu-sepupunya. Dengan anak-anak bekas pelajar datuknya pun dia cari gaduh juga. Dan dia paling suka sekali bila budak-budak perempuan mengisytiharkan perang dengan budak-budak lelaki. Entah apa-apa sebab mereka mula bergaduh pun dia tidak tahu. “Kau ingat kitorang takut sangat dengan korang ke?” kakak sepupunya yang menjadi ‘pemimpin wanita’ waktu itu mencabar lawan mereka. Ketika itu mereka sedang sakit hati kerana anak ayam yang mereka manjakan sejak dua tiga hari lalu ‘dibuli’ habis-habisan oleh budak-biudak lelaki. Sampai lembik anak ayam itu mereka kejar. Sudahnya haiwan itu bersembunyi di bawah kereta Ayah Chu, dan malang nasib ayam tersebut, Ayah Chu sedang mengundurkan kereta pada masa itu. Ternganga pengejar-pengejar si anak ayam tadi melihat ‘mangsa’ mereka sudah tidak berupa. “Siapa suruh korang tak jaga betul-betul?” jawab salah seorang yang berlagak sebagai ketua, apabila disoal jawab oleh Farah. Sepupunya yang seorang itu memang brutal. Tak tau takut langsung. Pada masa tu dia baru berusia 11 tahun. Rasa malu kepada budak lelaki pun Farah tak kenal lagi. Yang konon-konon menjadi hero, adalah Tajul, anak muda berusia 15 tahun. Dia memang rapat dengan cucu-cucu Tok Mat. Anna sendiri baru berusia 7 tahun. “Korang ni memang tak berhati perut langsung. Korang dah kira bunuh anak ayam tu tau!” “Ko ni memang tak padan dengan perempuan lah. Menjerit-jerit, tak malu ke?” “Nak malu apa dengan orang macam korang ni. Buang masa aku je, Eh budak perempuan semua,” Farah mengisyaratkan sepupu-sepupunya dan beberapa budak yang lain supaya menghampirinya. Masing-masing ada ‘senjata’ di tangan. Dengan senduk lah, pembaris panjang kepunyaan Tok Mat dulu, ring file berkulit keras yang pernah digunakan Tok Mat untuk menyimpan dokumen dahulu dan segala macam benda yang mereka dapat cari. “Hah, apa lagi? Bukan sekali dua diorang buat kita sakit hati. Nak main sekali pun asyik kena ejek je kate kita budak perempuan tak boleh main macam diorang. Ada ke patut??” Beristighfar panjang Tok Mat melihat budak-budak berlari bertempiaran di halaman rumahnya sambil menjerit-jerit. Sudahnya Farah dileteri ibunya sepanjang malam kerana. Mak Ngah memang particular sikit bab-bab anak perempuan dan tatatertib mereka. Tapi Kak Farah tu memang tak makan saman. Perangai tomboinya terbawa-bawa sampai ke usianya sekarang (sudah 20 tahun pun kakak sepupunya itu). Mujur mulut Mak Ngah sudah jarang berbunyi lagi, maklumlah anak perempuannya itu bakal jurutera. Dari Jepun pula tu.
20 Johan lebih banyak menghabiskan masa di rumah Adam sejak hari itu, tanpa sedar sudah hampir mencecah dua minggu. Pagi-pagi lagi dia akan ke rumah Adam dan hanya akan pulang ke rumah paling awal pun jam 9 menaiki skuter yang dihadiahkan sempena hari jadinya yang ke-18 awal tahun itu. Bebelan Puteri Kamariah tidak diendahkan langsung.
Puteri Noreha sudah seminggu berehat di rumah keluarganya selepas keadaannya kembali stabil. Wajahnya cengkung, matanya sudah hilang cahaya yang menjadi sumber ketenangan dua orang adiknya. Dia bukan lagi Puteri Noreha yang Johan kenal sejak dulu. Wanita itu lebih banyak berdiam diri, dan memilih untuk menghabiskan masa di dalam bilik tidurnya sahaja. Dan melihat kakak sulungnya dalam keadaan begitu membuatkan jiwa remajanya mahu memberontak, malangnya dia tidak tahu kepada siapa harus dia lepaskan perasaan tidak puas hatinya itu. “Eh, tak balik lagi?” Suara Anna (or is it Lisa?) memutuskan lamunan Johan yang sedang termenung merenung langit malam tanpa bintang di beranda family hall tingkat atas kediaman Abdul Malek. Matanya mengerling jam di tangan. 10.10 malam. Oh… tak sedar pun…. “Guess I’ll sleep here…” pendek jawapan Johan. Matanya memandang sekilas Anna yang berpajama lengan panjang yang dibutang sehingga ke leher dengan snowcap di kepala. Kesian juga kadang-kadang dia dengan ahli perempuan ‘keluarga tumpang’nya itu, terpaksa menjaga aurat sepanjang masa dia berada di situ. Oleh sebab itu dia lebih suka melepak di tingkat bawah ataupun bilik Adam pada waktu siang, memberi peluang gadis-gadis rumah itu bebas di tingkat atas. Cuma malam ni… “Apa yang kau asyik fikir daripada tadi?” Tidak semena-mena Anna menyertai Johan di beranda. “Lama jugak aku usha kau dari dalam, panggil kau dua tiga kali, tapi kau tak perasan pun.” Pada awalnya Johan berada di rumah mereka, Anna dengan Lisa tidak henti-henti melahirkan rasa tidak puas hati mereka kerana tidak dapat bergerak bebas dalam rumah itu. Fifi yang mendengar pun sudah naik muak, dan menjadi malas hendak menegur tindakan mereka. Pasangan kembar itu juga mengelak daripada berbual-bual dengan Johan, masing-masing menganggap pemuda itu tanggungjawab Adam. Namun setelah beberapa lama…hati Anna mula diragut rasa bersalah. Dia mula cuba membayangkan kalau dia berada dalam keadaan Johan, kalau ibunya bukanlah Sharifah Haslina, dan kakaknya bukan Wan Saniya Afifi. “What else? Mak dengan kakak aku lah.” “How’s she?” “Kenapa kau banyak tanya ni? Selama ni tak ada pulak nak sibuk-sibuk tanya. Dah dua minggu aku merempat kat sini baru nak kesahkan aku?” tiba-tiba sahaja Johan membentak. Anna terkebil-kebil, tidak menyangka akan diserang begitu. Gerak hati pertama menyuruh dia mengisytiharkan perang dengan Johan; orang nak berbaik-baik, dia buat macam tu pulak? Namun pengalamannya membesar dengan tiga orang lelaki (Hakim dan dua orang abangnya), dengan sikap dan sifat yang berlainan, membuatkan hatinya menjadi tebal sedikit menerima kekasaran Johan. “Um…just felt like asking. Aku tau aku bukan host yang baik pun selama ni. And I’m sorry for that. Both of us couldn’t help feeling yang kau curi perhatian Adam daripada kami, since dulu lagi. That’s why kitorang macam sengaja nak cari points untuk jadi tak puas hati, no matter how trivial it is,” jujur Anna mengaku. “Okay.” Melihat Johan membalas seperti mahu tidak mahu sahaja, Anna mengambil keputusan untuk masuk tidur saja. Lama-lama karang, makin sakit hati pula dia mendengar bicara Johan. “Well then, selamat malam.” “Wait…wait…” Tadi macam nak menghalau sangat… “Ada apa?” “Kau rasa…aku patut balik ke?” How should I know? “Kau nak balik ke?” “The thing is… aku tak rasa aku nak menghadap mak aku sekarang ni… bagilah alasan banyak mana pun, aku still rasa mak aku responsible kakak aku sampai jadi macam ni,” Johan menatap kegelapan malam, mengelak daripada memandang wajah Anna. “Bukan aje mak aku… keadaan kat rumah pun is barely tolerable right now…ada peluang je, mesti mak ayah aku gaduh. Kakak aku langsung tak keluar bilik…” “Kakak kau yang seorang lagi?” Wajah Puteri NorAina terbayang di fikiran Johan. Satu-satunya kekuatan yang dia ada sekarang. Satu-satunya ahli keluarga mereka yang masih berusaha untuk meneutralkan keadaan. “She’s…she’s our strength right now. Tapi aku rasa, dia yang paling suffer sekarang ni, sebab semua orang tengah mementingkan diri sendiri. Including me. Dia cuba untuk jadi as selfless as possible…tapi kat dalam…tak ada siapa yang tau. Everyday she’ll greet us with a smile…tapi kitorang still macam ni…” “Kenapa kau sendiri tak berubah?” “Aku dah kasitau kan? Aku belum boleh nak face…” “Isn’t that running away?” Pantas kepala Johan berpaling ke belakang, ke arah Anna yang sedang enak duduk di atas kerusi Osim milik bapanya. “I told you it I am not…” “Yeah, yeah, whatever…” Anna cepat-cepat memotong. “Aku tak mau buang masa kau lagi.” Dia bangun. “Tapi instead of asyik tak ada kat rumah and complaining, kan lagi elok kau duduk kat rumah and figure macamana nak kurangkan intensity situation sekarang ni kan?” “You don’t know what it’s like…” nada suara Johan berubah dingin. “Kau tak ada hak nak judge aku. Kau punya family tak ada masalah, kau tak akan faham…” Anna diam sebentar bila menyedari Johan sudah mula hendak hilang kawalan. Okay, so, rasanya belum ada sesiapa lagi ketuk kepala budak ni…abang mesti dok lembut-lembut hati dengan dia. Dia terbayang keluarga Juliet. “Hm. Betul, tak mungkin aku akan faham…but… kalau benda yang sama terjadi pada family aku, aku tak rasa aku akan tinggalkan kakak aku macam tu aja. No matter how many times she’ll reject me, aku tak akan mengalah. Apa nak jadi dengan parents, biar diorang selesaikan sendiri, tapi jangan sampai hubungan adik beradik terbengkalai. Your sister needs you.” Johan tidak menjawab. Dia kembali memandang ke luar. Anna menarik nafas panjang. Okay, agaknya memang aku langsung tak faham… “Selamat malam Johan.” *** Seminggu Johan tidak menjejakkan kaki ke rumah keluarga Abdul Malek selepas malam itu. Adam tidak henti-henti mempersoalkan tindakan drastik temannya itu kepada adik-adiknya. Pergi tanpa sepatah kata. Hanya secebis nota yang ditinggalkan Johan, mengucapkan terima kasih atas kesudian keluarga mereka menumpangkan dia selama dua minggu. “Abang try call dia pun tak dapat…” “Kenapa tak pergi rumah dia aje?” Lisa mencadangkan. “Tak berani lah Adam nak buat macam tu. Adam bukan kenal sangat dengan family dia. Lagi-lagi dalam keadaan macam ni. Mau Adam kena halau dengan mak dia karang.” Anna mendengar sahaja perbualan dua kembarnya tanpa bersuara. Was I too harsh that night? Kalau Adam tau ni, rasa-rasa dia marah tak kat aku? Um…no, better aku rahsiakan aje dulu… “Siapa Johan?” “Err… Anna tak beritau abang lagi ye pasal Johan?” Anna tergamam sedikit mendengar suara Luke yang sedikit berubah apabila dia secara tak sengaja memberitahu rasa risau tentang implikasi tindakannya meng’sound’ Johan tempoh hari. Yep, I chose not to tell sebab… rasa tak penting kot? And I al ways have Lisa kalau nak complain pasal Johan. Lalu Anna serba sedikit menceritakan apa yang terjadi di dalam rumahnya dalam tiga minggu itu. “Apa yang Anna buat tengah-tengah malam kat luar bilik?” Anna mula rasa kurang enak dengan soalan yang semacam provokasi itu. “Tak boleh tidur… I was thinking of nak lepak kat beranda tu, mana tau Johan ada kat situ.” Dia memperlahankan suara, walaupun tiada siapa yang berada dalam bilik bersama-samanya. Lisa awal-awal lagi sudah dihalau sebaik sahaja dia masuk bersama cordless phone di tangan. “Apa yang buat Anna nak start conversation dengan dia? Daripada apa yang abang dengar, Anna tak berapa nak get along dengan dia kan?” Luke mengorek lagi. ‘Luke is everything you could wish for in a brother. Tapi in certain matters, aku lagi suka share dengan Kash. And Kash was good enough untuk tak beritahu Luke…’ Juliet pernah memberitahunya satu ketika dahulu. Benda-benda macam ni ke? Yang berkaitan dengan…entah…Anna sendiri tidak dapat memutuskan tentang apa. “Terasa nak bercakap dengan dia, so…” “Kenapa tiba-tiba? Dia ada buat apa-apa that made you did that? Dia nampak pathetic sangat ke sampai Anna rasa kena bercakap dengan dia?” “Dia nampak down sangat masa tu. Automatik aje…” “So, he DID look pathetic?” Okay, I’ve had it. “Kenapa dengan abang ni? Of all people, abang sepatutnya lagi tau kan macamana keadaan kalau family tengah krisis. Mungkin dia nampak pathetic or whatever, and I did tell him my opinion about that, tapi at least Anna cuba nak faham apa yang dia tengah lalui , kenapa dia buat macam tu, lari daripada keadaan semua.” Mana Luke yang selama ni begitu understanding bila Anna bercerita tentang masalahnya? “Kenapa Anna nak marah-marah pulak ni? Ni tak ada kena mengena dengan masalah family ke apa. Abang cakap ni sebab abang rasa tak patut Anna berborak dengan dia tengah malam macam tu while everybody is sleeping,” Luke membalas. Kenapa pencuri hati aku ni naik angin pulak? “Lepas tu, abang dah lama nak cakap pasal hal ni… abang pun tak gemar sangat Anna rapat dengan Hakim…” What??! “….We grew up together…” “Abang tau. Tapi macam…too close...” “Dia macam adik beradik Anna sendiri…” “Abang tau. Tapi kalau boleh, janganlah rapat sangat. Abang…I…don’t really like it. Dia lelaki, Anna. Apa-apa pun boleh jadi. Kurang-kurang kan lah pergi rumah dia bila kat kampung tu.” ‘Kalau kau ada siapa-siapa yang kau suka nanti, make sure yang dia boleh terima aku sekali. Accept the fact yang kau tak boleh kalau tak ada aku. Accept the fact yang dia kena share kau dengan aku. And tak kisah kalau kau berdua-dua dengan aku,’ suara Hakim yang bersahaja terngiang-ngiang di telinganya. He’s worse that Adam sometimes. Tiba-tiba Anna terasa penat untuk mempertahankan diri dan menerangkan segala-galanya pada Luke. I’ll save it later. Pelik betul Luke malam ni… “Anna akan cuba… um…abang ada apa-apa cerita baru?”
19 Tiada siapa yang tahu tentang panggilan Luke kecuali Lisa. Ini disebabkan hanya Lisa yang tahu sepenuhnya tentang Anna mempunyai crush terhadap Luke sejak dua tahun lalu. Dan sedaya upaya mereka menyembunyikan perkara itu daripada Adam. Hakim juga hanya tahu cebisan-cebisan aja; cuma dalam hal ini sahaja Anna berjaya melindungi fikirannya daripada dibaca oleh Hakim. Mungkin juga kerana Hakim tidak mengambil serius rasa suka Anna pada Luke, maka dia tidak menumpukan perhatian seperti biasa. Juliet juga tidak tahu menahu. Hari-hari berlalu seperti biasa, dengan semangat Anna yang beransur pulih. Hakim, walaupun tidak mengetahui punca kenaikan semangat temannya itu merasa lega, lebih-lebih lagi apabila kembali mendapati nota-nota kecil di dalam mejanya. Sudah hampir dua bulan hubungannya dengan Anna ter'beku' begitu sahaja. Dengan Juliet juga Anna sudah boleh bergurau senda semula. Keputusan gerak gempur SPM yang baru sahaja dikeluarkan juga menjadi salah satu sebab Anna semakin ceria. Bukan sahaja dia tidak fail dalam mana-mana subjek pun, markah subjek Fizik dan Add Math begitu membanggakan dia. Terasa mahu menitik air matanya apabila kedua-dua guru mengucapkan tahniah dengan pandangan penuh makna tatkala menghulurkan kertas jawapan kepadanya. *** "Kakak, kenapa tak nampak Naeem Shah kat mana-mana pun? Puas Ana cari dia merata-rata," Anna menjengukkan kepalanya ke dalam bilik tidur. Lisa mengintai dari bawah tuala yang menutupi kepalanya. Agak lewat dia bangun pagi itu, leka berchatting dengan Haris malam tadi. "Tak ada nampak pun pagi ni. Semalam ada je kat sofa depan keyboard tu." "Dia macam tau je hari ni hari mandi dia. Pandai hilangkan diri," Anna mengomel. Wajahnya dibasahi peluh. Mana tidaknya, dia mencari kucing siam jantan yang dinamakan Naeem Shah itu di seluruh ceruk rumah sejak pagi lagi. Kucing yang menjadi hadiah hari jadi dia, Lisa dan Adam tahun itu. "Trait tak suka mandi tu mesti turun daripada Adam tu. Dah cari dalam bilik dia belum?" "Dah, abang sendiri tolong carikan tadi. Tak ada jugak." "Ruang tamu?" Anna diam seketika. "I would have…tapi ada Johan kat situ." Lisa meletakkan sikat di tangan ke atas dressing table. Bedak Enchanteur berbunga merah dicapainya. "Johan? Kenapa? Bila dia sampai?" "How should I know? Elok je Ana turun bawah, nampak dia tengah tidur atas sofa. Fifi siap tolong selimutkan dia lagi. Fifi kata dia sampai pagi tadi. Mama yang perasan masa tengah siram pokok bunga kat luar. Abang pun tak tau apa-apa, so kena tunggu sampai Johan bangun tidur lah baru tau kenapa dia kat sini." *** Adam menghulurkan segelas milo panas kepada Johan. "Minum sampai habis mama pesan. Lepas habis bercerita, dia nak kau turun makan immediately."
"Thanks… and… sorry aku datang mengejut macam ni." Adam tidak menjawab. Hanya memerhati Johan yang sedang menghirup minumannya dengan berhati-hati. Kalau sekali pandang memang tak dapat nak kesan apa-apa. Dari segi pemakaian, Johan tetap smart seperti biasa. Tapi bila diperhatikan wajah anak muda itu bersungguh-sungguh, ada kesayuan dalam matanya yang tidak pernah Adam lihat sebelum ini. Naeem Shah di riba Johan mengiau tiba-tiba. Johan senyum. Kucing ini sebenarnya penyelamat dirinya. Ketika dia ragu-ragu sama ada hendak menegur Sharifah Haslina yang sedang menyiram bunga di halaman rumah ataupun tidak, kucing itu membuat bising di pintu pagar, membuatkan ibu Adam menyedari kehadirannya. Kucing itu juga menemannya tidur di ruang tamu, di bawah selimut bersama-samanya. "Kakak aku koma." Adam mengambil masa beberapa saat untuk memahami maksud ayat yang baru dituturkan oleh Johan. Puteri Noreha? Koma? "Apa jadi?" "She's pregnant for about 8 weeks. Dia senyap aje. Mungkin sebab sakit hati dengan abang ipar aku kot. Satu hari tu, few days ago, diorang gaduh besar. Mungkin kakak aku nak balas dendam for being ill treated ke apa-apa, aku tak tau… tapi dia beritahu Razif yang dia mengandung… anak orang lain, not his. Lepas tu… aku tak tau apa jadi…aku… Razif tengah mabuk teruk…lepas tu…kitorang dapat panggilan telefon kata kakak ada kat Hospital Klang itu pun lepas beberapa jam… she was badly bruised… baby pun dah tak ada… Razif dah meracau-racau kat luar bilik, lagi-lagi bila dia tau yang baby tu anak dia sebenarnya…" "Mak kau?" "Mula-mula aku rasa dia nak salahkan kakak aku sepenuhnya, you should have seen her face masa kitorang on the way nak pi hospital tu, tapi bila tengok Razif dalam keadaan macam orang gila, kakak aku pulak macam tu, besan dia pun bengang gila kat Razif, mana boleh dia nak buat macam tu. Every one boleh tengok yang kakak aku jadi mangsa jadi mangsa. So she switched kepada nice mother role," raut wajah Johan penuh kekesalan. "Kalau aku tak tau apa-apa, aku mungkin akan kata jangan bercakap pasal mak kau macam tu… but then……" penuh simpati Adam merenung temannya itu. "Ayah aku mengamuk gila…rumah aku macam perang besar… tu sebab aku keluar…datang sini…Adam?" "Hm?" "Kenapa mak aku tak macam mak orang lain?"
18 “Adreanna Soffea,” suara guru Fizik bergema ke seluruh pelusuk makmal. Anna menahan nafasnya, gementar menanti markah yang bakal disebutkan. “40.” Terasa semua pandangan mata terarah ke arahnya. No, wait…semua kecuali Hakim… dia tahu Hakim tidak akan memandangnya. Kulit mukanya seakan menebal beberapa inci lagi. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan ke hadapan, wajahnya cuba dimaniskan. “Apa lah yang kamu belajar, Anna,” komen guru Fizik itu ketika menghulurkan kertas jawapan kepada Anna. Anna memaksa dirinya tersenyum, walaupun di dalam terasa bagai mahu menyembunyikan muka di dalam tanah. Macam ostrich. You don’t have to say it out loud cikgu… “Anna.” Anna terkebil-kebil. Eh, dah ada dalam kelas pulak…? Mentor di hadapan dipandangnya tanpa kata. “Fizik kamu macam mana? Lulus tak?” Ha…? “Fail, cikgu…” jawabnya lambat-lambat. Sengih. Nak tutup malu. Impossible cikgu tak tau keputusan aku macam mana…kenapa nak tanya jugak depan semua orang?… Mata terasa panas. Mentor yang juga merangkap guru Matematik Tambahan kelas mereka merenung Anna, lama sekali. “Add Maths kamu pun gagal jugak, tau?” Why don’t you just use the mic and announce it to the whole school? Terasa senyumannya beku dan kekok sekali. Mulut terasa kering, dadanya berombak deras, cuba menahan tangisan. Teman-teman yang duduk di hadapannya mencuba sedaya upaya untuk tidak menoleh ke belakang, mungkin takut akan menyinggung perasaannya. “Anna, ada orang telefon!” laungan Sharifah Haslina mengejutkan Anna dari lamunan yang menyesakkan dada. Dia terpinga-pinga sebentar. Okay, aku ada dalam bilik, kat rumah sekarang ni. Dia mengusap muka, cuba membuang memori pahit yang menjadikan sikapnya berubah. Buku latihan Add Maths yang terbuka di atas meja direnung kosong. Panggilan ibunya seolah-olah sudah dilupakan. Sentuhan lembut pada bahu kiri membuatkan dia tersedar sekali lagi. “Anna…call,” perlahan suara Lisa. Tanpa kata Anna bangun dan meninggalkan bilik mereka. *** “What’s the problem?” lembut suara Luke kedengaran pada gegendang telinga Anna, membuatkan gadis itu terharu. Air mata sudah mula terasa mahu bertakung. Panggilan daripada benua Eropah itu memang tidak dijangka sama sekali. Bila Sharifah Haslina mengatakan ada panggilan daripada seorang lelaki, dia sangkakan Hakim, tapi, ibunya pasti dapat mengecam suara pemuda itu. Dengan perasaan tertanya-tanya dia menjawab panggilan itu. “Siapa ni?” soalnya bila dia sendiri tidak dapat meneka tuan punya suara. But that husky voice did sound familiar… “It’s Luke… kenal kan?” Dan dia terasa seperti seluruh dunia dan isinya berhenti bergerak. Otaknya cuba mencerna apa yang didengarnya. Luke… as in Lucian abang Juliet? Tak mungkin…tapi mana ada Luke lain yang dia kenal. Dan suara siapa lagi yang boleh buat dia tak tentu arah macam sekarang ni? “Tak ada apa-apalah…Ju exaggerate terlebih sikit kot… I’m fine,” Anna mengawal getaran dalam suaranya. Dia perasan Sharifah Haslina sedang memerhati dari jauh. Sedangkan di hadapan keluarganya sendiri dia berlagak kuat, takkan lah nak breakdown depan stranger kot. Cukuplah dia terlepas menangis di telinga ibunya beberapa minggu lalu. “Still, I’m worried. Walaupun Ju exaggerate, the basics is still the same kan? Anna susah nak accept failure kali ni?” Anna mengetap bibir, menahan perasaan. Kenapa…kenapa Luke nak risau pulak? Secara tiba-tiba pulak tu…selepas hampir setahun tak dengar apa berita. Cuma sekali sekala sahaja Juliet akan bercerita tentang abang sulungnya itu. Dari situ sahaja dia dapat mengikuti perkembangan Luke. Hendak menghubungi pemuda itu sendiri dia malu, lebih-lebih lagi selepas Luke secara tidak sengaja ternampaknya tanpa tutup kepala setahun lepas. “Umm… kalau dalam keadaan lain, I won’t be that hard on myself…” “Being in the first, best class has put you in a lot of stress isn’t it?” suara Luke berbaur simpati, bagaikan memahami apa yang dirasakan Anna. “Abang tau macam mana rasanya, and I think I understand what are you going through. Tapi Anna sendiri tau kan, apa yang Anna buat sekarang ni tak boleh dibiarkan berpanjangan. Tak elok untuk kesihatan…you know that, right?” “So the doctor says,” balas Anna, sedikit sarkastik nadanya. Tidak pernah dia termimpi akan berkata dengan nada sebegitu kepada Luke. Sorrylah, baru lepas nightmare, mood terus pergi tahap subnormal. Luke tertawa sahaja di hujung talian. Tanpa sedar bibir Anna mengukir senyum. Senang kerana Luke tidak memberi ceramah tentang perkara yang dia sendiri sudah tahu, kerana Luke tidak memaksa. Macam Hakim… cuma kali ini dia tidak memberikan Hakim peluang untuk berada di sisinya. Mungkin kerana Hakim mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan rasa rendah diri yang dirasai sekarang ini. “Jangan ambil masa lama sangat nak recover. Juliet misses you sangat-sangat. And she said sorry kalau ada tercakap benda yang sakitkan hati Anna.” “Did you call because she asked you to?” mendatar suara Anna. Sekiranya ada pun sedikit perasaaan seronok apabila mendengar suara Luke, semuanya sudah hilang. Rupa-rupanya Ju… Luke ketawa lagi, tanpa dipinta hatinya menyanyi riang apabila mendengar perubahan suara Anna. “Anna ingat apa…abang ni jenis ikut telunjuk orang ke? Yes, I admit that sometimes I was being too soft on Juliet, tapi dalam hal-hal macam ni…” dia berdehem sedikit. “…I just followed what my heart tells me to …” *** “…I just followed what my heart tells me to …” Anuar mengulang kata-kata Luke yang sempat didengarinya ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik yang dikongsi bersama-sama Luke. Setelah setahun terpisah kerana masing-masing ke pusat matrikulasi yang berlainan, langsung mereka tidak menyangka akan dipertemukan semula di negara orang. “Percakapan tu… tak macam kau pun… mana kau dapat?” Lucian tidak mempedulikan soalan teman sebiliknya itu. Makin dilayan makin merapu nanti soalan Anuar. Tapi, knowing Anuar… “Hoi, aku bercakap dengan kau ni, Luke! Jawabla soalan aku.” Yep, Anuar tak akan mengalah selagi jawapan yang dia mahu tidak diperolehi. Luke merebahkan tubuh ke atas tilam lalu menyilangkan tangannya di belakang kepala sebagai ganti bantal. “Apa yang kau nak tau?” “Dengan siapa kau bercakap tadi? Jangan cakap adik kau, sebab mana ada orang cakap macam tu dengan adik? Meremangkan bulu roma aje kalau macam tu,” panjang lebar Anuar berkata-kata. “Sendiri tanya, sendiri jawab. Then, aku tak payah jawablah kan?” Luke tersengih. Anuar mendengus, tidak puas hati tapi dia tahu dia harus bersabar sekiranya ingin memperoleh jawapan daripada Luke. “Okay… siapa yang on the phone dengan kau tadi?” “A friend of Juliet.” “Romeo?” Buat lawak basi macam tu, aku tak nak jawab apa-apa lagi karang! Luke merenung tajam ke arah Anuar yang tersenyum nakal. “Sorry, sorry… aku tak buat lagi dah. Um… lelaki ke perempuan? No, Luke, aku kena tanya soalan ni apa…jangan la pandang aku macam nak telan!” “Perempuan,” geram sungguh Luke dengan temannya yang seorang itu. Tapi dia tahu mengapa Anuar bertanya begitu. Wajah Anuar berubah mendengar jawapannya. Macam tak percaya. “For a first timer… kau ni quite a sweet talker jugak…” “It came naturally, tapi ONLY with her,” tiba-tiba Luke terasa mahu bercerita. “Kau sendiri tau aku tak bercakap dengan perempuan sangat, unless family members atau kalau betul-betul perlu aje… tapi bila Juliet first kenalkan aku dengan budak tu as her best friend, mulut aku macam ringan aje menegur. Kalau tak, selama ni adik aku asyik merungut aje sebab aku tak layan kawan dia elok-elok.” Bukan aje mulut ringan nak menegur, tangan pun ringan nak menyelak address book Juliet suatu masa dahulu sebab nak cari nombor telefon. Ada juga kegunaannya. “So… adik kau tau?” Luke menggeleng. “Dia just anggap yang it’s a good omen, yang friendship dia dengan Anna akan berkekalan sampai bila-bila.” Kemudian Luke tersedar ketelanjurannya berkata-kata apabila melihat Anuar seperti tidak dapat menahan tawa. Dalam hati dia mengutuk diri sendiri. “Sedap nama,”Anuar senyum sampai ke telinga. “Aku tak ada nak indicate apa-apa ye?” Luke mengingatkan temannnya. “Aku bercerita je.” “So like… kau tak rasa yang you HAVE to bercakap dengan dia? Kau rasa kau NAK bercakap dengan dia, macam tu?” “More or less,” pendek jawapan Luke. “Quite an impressive girl.” “Tapi…” Luke kelihatan teragak-agak. “Mungkin aku anggap dia macam adik aku je, sebab dia kan best friend Juliet, so secara tak langsung…” wajah anak muda itu blank tiba-tiba. Mahu tergelak Anuar melihat Luke terkial-kial menyusun kata-katanya. “Hey man, yang kau menggelabah tak tentu pasal ni apa pasal pulak. Rileks lah, kau sendiri kata kau tak indicate apa-apa, yang sibuk nak explain diri sendiri kenapa?” Luke, Luke…dah terbabas rupa-rupanya kau nih. “Well…aku tak mau kau salah faham pulak…just because you heard that last sentence. And yes, aku memang ada bercakap dengan Juliet macam tu kadang-kadang, you know, that ‘follow my heart’ thing, especially kalau dia tengah down…” Eh bengong, apa yang kau merapu tak tentu pasal ni?! Tarik nafas, lepas… get a grip on yourself Luke! “Why would I? Kan kau dah kata dia macam adik je, apa lagi yang aku nak fikir? Dah, dah…aku lapar ni. Nak makan apa? Aku masak nasi goreng eh?” Setelah Anuar keluar dari bilik mereka untuk ke dapur, Luke memejamkan matanya dan cuba mengusir debaran di dada disebabkan pertanyaan-pertanyaan Anuar tadi. I must have sound so stupid…
17 Mengantuk… Anna merehatkan kepala di atas lengan yang diletakkan di atas meja. Sejak setengah jam yang lalu dia tekun menelaah bab fungsi kuadratik, sampai dah nak naik muak. Test pad dibuka dan dia mencari-cari helaian yang bersih, yang belum diconteng. Dalam keadaan kelas senyap sunyi macam ni, terasa ringan pulak tangan aku nak menulis.
Venue : Kelas, menumpang kat meja orang Time : 10 malam Hari : Jumaat Notes Bosan pulak rasanya duduk kelas sorang2 mlm ni. Knp aku sorg2 eh? Tak tipu, kelas aku kosong je, nk kate hari ni takdak prep, hari ni baru hari jumaat. Sebabnye…sumer budak kelas aku pg bengkel fizik kat dewan. Bengkel fizik budak2 pandai. Yg tak fail. Then kenapa plak aku sorg2 tggl kelas? Oh lupe plak, sbb aku bangang fizik. Anna tersengih. Sudah lama juga dia tidak melepaskan perasaan dengan cara begitu. Sambung, sambung, karang hilang feel pula. Istighfar sat… haha. Sbnrnya I’m not that pathetic anymore. Still sometimes I’m feeling sorry abt myself, tp xsdahsyat dululah. Aku dh pndai sket kwl menda ni n without hakim. Cm bangga jugak aaa.hik2. Time ni la br aku nk dok kelas, time org takdak.kl dak, asek bparasit kat tmpt lain aje.kalu tak lebri, lepak kls org.smpai kalu ada msyuarat kelas tu, tpksa mlilau drg carik aku.kes.pntg gak rpnya aku ni.kenapa aku lepk tmpt len? Sbbnya…aku nk kena cr pace aku sdri.pace bdk2 kls ni aku xmmpu nk keja lah.bole je nk keja tp pastu aku jadi panik, gabra, kelam kabut kalu tbe2 dpt tau yg aku tak tkeja. So better aku set up ruang sdri, yg pesaingnya adlh dr aku sdri. mak aih, dh balik dah budak2 yg pegi bengkel tu? I better stop lah, krg deskmate aku dok ty2 plak pe yg aku tulis merapu2 ni.chiow. *** Seram betul nak masuk kelas sorang-sorang malam-malam macam ni. Budak-budak ni pun sorang pun takleh harap nak tolong bawakkan balik beg aku ke, dibiarkan aje macam tu. Cikgu Usop pun, orang nak balik cepat-cepat makan supper bihun tomyam boleh dia panggil plak, Hakim mengomel seorang diri di dalam hati sambil memasang lampu kelas. Ketika dia sedang tergesa-gesa mahu pulang ke kelas mengambil beg, Encik Yusof, guru disiplin sekolah memanggilnya ke bilik guru untuk membincangkan tentang pemilihan majlis tertinggi MPP untuk menggantikan pelajar-pelajar tingkatan 5. Sudahnya sebelas lebih baru dia dibenarkan keluar.Apa kena meja aku bersepah semacam ni? Hakim malas hendak mengambil peduli, fikirannya sudah tertumpu pada makanan di dewan makan. Cepat-cepat dia menyusun buku-buku rujukan di atas meja, ala kadar sahaja. Buku-buku tulis dan test pad dimasukkan ke dalam meja. Gumpalan kertas di bawah meja yang entah dari mana datangnya dikutip. Beg sekolah disandang ke belakang. Okay, bihun tomyam, here I come. Ketika dia hendak membuang kertas di tangan, matanya tiba-tiba menangkap sesuatu pada kertas itu. Dengan perasaan ingin tahu dia membuka renyukan kertas itu dan perlahan-lahan matanya meneliti apa yang tertulis. Sebuah senyuman bermain di bibirnya. Eh, aku punya supper! Dia mencampak kertas tersebut ke dalam bakul sampah setelah direnyukkan kembali. Selepas memastikan lampu dan kipas kelas semuanya sudah tertutup, pantas dia menuju ke dewan makan. Kecewa sungguh dia apabila mendapati separuh daripada lamu dewan makan sudahpun terpadam, menandakan pekerja-pekerja dewan makan sudah memulakan aktiviti pembersihan. Tapi… tak rugi kalau setakat mengintai…mana tau ada rezeki… Aah…memang…. Kaunter dewan makan sudah kosong, tidak ada sebiji mangkuk pun. Ai…tak apa lah…terpaksa tunggu minggu depan aje… “Hakim, woi!” “Abang Ujang…” Hakim menegur pemuda yang tua beberapa tahun daripadanya, salah seorang pekerja DM yang rapat dengan pelajar-pelajar lelaki. “Apahal muka monyok semacam ni? Gaduh dengan awek ka?” usik Ujang melihat wajah Hakim yang kurang bermaya. Hakim ketawa. “Tak ada lah. Frust lah tak dapat makan bihun tomyam. Orang dah nunggu dari minggu lepas lagi. Last week kan ganti dengan mi hailam. Lah, kenapa abang tersenyum-senyum plak ni?” “Rezeki kau lah Hakim. Tadi ada sorang awek comel datang kat kitorang mintak simpan kan semangkuk untuk kau. Mula-mula tu macam serba salah jugak, tapi pikir-pikir kau pun baik dengan kitorang kan, kasi can lah kali ni.” “Abang tak main-main ni?” Hakim membeliakkan mata. Biar betul… “Takde kerja aku nak main-main lah. Baik aku pi wat keja aku je. Jom ikut aku gi belakang, makan.” Hakim memerhatikan belakang Ujang yang berjalan di hadapannya dengan rasa kurang percaya. Siapa pulak…kemudian dia tersenyum sendiri, senyuman yang sama seperti ketika dia membaca isi kertas di kelas sebentar tadi. Stupid girl.
16 Johan mula tertekan dengan suara-suara yang bertingkah dari bilik bacaan rumah besar itu. Tidak surut-surut sejak tadi lagi. Suara ibunya berselang seli dengan suara Megat Johari dan Puteri Noreha. “Kak Aina…” Johan bersuara apabila mendapati kakak keduanya menyelinap masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Wajah gadis itu juga membayangkan yang dia juga tidak tahan dengan suasana di rumah mereka ketika ini. “Joe, nak ikut akak tak? Akak dah tak tahanlah.” “Kenapa kat rumah tadi tu? Joe ingatkan sekali sekala Kak Eha balik rumah kita dapatlah lepas rindu. Ni mummy terus mengamuk macam apa je…” Johan melepaskan rasa tidak puas hatinya. Aina tidak terus menjawab. Perhatian ditumpukan pada pemanduannya. Dia memperlahankan keretanya bila menyedari kereta di belakang mahu memotong. Selepas kereta Wira hitam itu melepasi Satria GTI silver mereka, baru Aina membuka mulut. “Eha lari dari husband dia.” Johan mengambil masa beberapa saat untuk men’digest’ berita yang baru keluar dari mulut Puteri NorAina. “What do you mean…lari?” dia bertanya dengan suara yang kecil. “Macam kau lari kecik-kecik dulu bila mummy marah lah!” Aina meninggikan suara, namun cepat-cepat meminta maaf apabila menyedari keterlanjurannya. “…akak tengah tak stabil, sorry…” “Kenapa?” Aina mengerling ke arah adik bongsunya yang kelihatan bingung. Dia tahu apa yang bermain di dalam fikiran Johan ketika itu. Puteri Noreha yang mereka kenali selama ini tidak bersifat memberontak dalam apa keadaan sekalipun. Biar seburuk mana layanan Puteri Kamariah terhadapnya, Noreha akan memberi segala macam sebab mengapa ibunya bertindak begitu. Tidak pernah sekali pun dia menyalahkan Puteri Kamariah. “Joe tak dengar suara kak Eha tadi?” “Joe tak perasanlah…suara mummy je yang kuat tadi…” “First time akak dengar kak Eha menjawab dalam full sentence. Banyak-banyak ayat pulak tu. Selalunya kan tak sempat kak Eha nak habiskan ayat, mummy dah potong dulu. Akak tak tau nak rasa bangga ke apa…” “Kenapa kak Eha lari?” Johan mengulang semula pertanyaannya. “Razif tu kan jerk yang paling teruk kat dunia ni. Siapa tahan? He abused her. Akak pernah tengok lebam-lebam kat badan kak Eha masa dia senyap-senyap datang jumpa akak dulu. Tapi masa tu dia nampak takut-takut lagi. Never thought yang kak Eha boleh jadi berani macam ni…” “Mummy kata apa?” Johan didesak perasaan ingin tahu. Aina tersenyum tawar. “Mummy marah kak Eha balik tadik. Dia salahkan kak Eha. Dia kata kak Eha tak pandai layan suami lah, tak boleh diharap nak sambung keturunan lah sedangkan dah nak setahun kahwin. Tapi kalau akak lah kan, akak memang mintak sangat-sangat kak Eha tak pregnant sekarang. Tak sanggup nak tengok anak sedara akak lahir dalam suasana kucar kacir macam ni lah.” “Kenapa tak tinggalkan aje lelaki tu?!” “Hmm…benda ni melibatkan banyak pihak Joe… tapi…mungkin kak Eha tengah nak bincang penyelesaian dengan ayah dan mummy.Tapi mummy asyik ambik side Razif aje, memang tak akan selesai lah kalau macam ni. Resultnya…akak tak dapat nak teka,” Puteri NorAina membuat pengakuan. “Balik karang kita tau lah kot. Hopefully dah selesai time tu…hmm…how does Mid Valley sounds?” Johan hanya mengangguk. Sharifah Haslina meletakkan gagang telefon, wajahnya membayangkan kerisauan. Afifi yang sedang menikmati aiskrim dengan mixed fruits dan susu Ideal di dalam mangkuk kecil memerhatikan sahaja tindak tanduk ibunya sejak tadi. Dia tahu dengan siapa Haslina berbual tadi. Yang membuatkan dia merasa pelik adalah, biasanya ibunya akan bercerita dengan riang tentang segala yang berlaku di rumah, tapi kali ini, Haslina lebih banyak diam mendengar. “Kenapa mama? Anna ada masalah ke?” “Dia menangis Fifi…mama terkejut jugak…” Sharifah Haslina mengambil tempat di sebelah anak sulungnya. “Dia fail Add Maths dengan Fizik dalam exam pertengahan tahun dia. Lepas tu dia jadi seram bila terkenangkan SPM tinggal lagi beberapa bulan je lagi.” “Tengah freak out lah ni… Fifi ingat she was doing okay, ma. Bukan dia antara top jugak ke dalam ujian bulanan itu hari?” Afifi mengunyah buah peach perlahan-lahan. “Alah… banyak masa lagi. Boleh buat banyak lagi latihan…” “Tu lah mama cakap macam tu jugak. Lepas tu dia kata dia malu sebab dia duduk kelas first yang memang terkenal dengan Add Maths yang mantap. Then there’s something about kelas tambahan Fizik, dia seorang je dalam kelas dia yang kena masuk along with other budak-budak yang fail. Budak-budak kelas dia yang lain masuk bengkel Fizik untuk ‘budak-budak pandai’ katanya. Mama tak tau nak pujuk macam mana. Suara dia macam orang tengah histeria aje mama dengar.” Afifi terangguk-angguk. Sah adik aku ni tengah freaking out. “Budak-budak kelas dia yang lain tu…termasuk Hakim lah ye, mama?” Haslina mengiakan sahaja. Dia tidak marahkan anaknya kerana gagal dalam dua subjek itu, dia lebih risau andainya Anna tidak dapat bangun semula daripada kegagalannya. “Na, dah ada hitam-hitam dah bawah mata kau…are you staying up all night again?” Juliet menarik lengan Anna, memerhatikan wajah gadis itu dengan lebih teliti. Anna senyum sahaja. “Aku belajar Add Maths dengan Peah semalam. Lepas tu stay up sikit lagi untuk buat latihan dan habiskan kerja Fizik untuk kelas tambahan tu…” “Jangan paksa diri, Anna…” Anna mengerutkan dahinya tanda tidak bersetuju dengan kata-kata Juliet. “I had to, Ju…aku kena tebus balik semuanya. Kau tau tak betapa malunya aku bila cikgu Fizik announce markah aku kat satu kelas. Aku cover dengan senyum pun rasa kekok sangat. Macam nak sembunyi kat the end of the earth je masa tu. Lepas tu mentor aku pulak tanya dalam kelas pasal failing dua subjek ni. Tebalnya muka aku Tuhan aje yang tau.” “Anna…” Juliet memegang erat lengan gadis itu. “Aku faham… tapi kesihatan kena jaga jugak.” Dengan lembut dia menarik Anna masuk ke dalam dormnya. “Aku dengar budak dorm kau kata tiap-tiap malam lepas lights off kau pakai lampu koridor untuk study atas katil… lepas tu tertidur dengan buku berselerak. You don’t even have a decent sleep nowadays!” Anna dipaksanya duduk di atas katil. “Luke pun risau bila aku cerita pasal kau macam ni.” Jantung Anna bagai berhenti berdegup mendengar Juliet menyebut nama Luke. “Kau beritahu Luke? Kenapa?” mata Anna terbuka luas. Dia tidak mahu Luke tahu tentang ini. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu dipandang rendah oleh lelaki itu. Cukuplah dia rasa tercabar dengan keputusan cemerlang Hakim. “Mesti dia fikir aku stupid…” Juliet mulai risau dengan reaksi Anna yang tidak dijangka-jangka itu. “Rileks, Anna. Dia tak fikir macam tu pun…dia tak pandang rendah kat kau, if that’s what you are worried about. Neither do me and Hakim. Kau buat aku dengan Hakim serba salah dengan perangai kau macam ni. Kau mengelak daripada Hakim, lepas tu bila Hakim tanya kat aku, aku tak tau nak jawab apa. You shut us out from your life. Pergi library seorang diri, berjaga sampai ke pagi, bercakap sepatah dua aje, kau ingat kitorang tak risau ke? Carliff kasitau aku Hakim dah sejak dua menjak ni jadi bad mood tak menentu. Pantang ada silap sikit, mula lah nak melenting. Dia tu secretary untuk MPP, kalau dah asyik mood sewel je, macam mana dia nak buat kerja dia?” Anna memandang sahaja wajah Juliet di hadapannya tanpa berkata apa-apa. Dia tahu apa yang diperkatakan Juliet benar belaka, tapi dia perlukan waktu untuk mengumpul kembali keberaniannya berhadapan semula dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain tanpa rasa malu yang menebal. Disebabkan itu sekarang dia lebih banyak bergaul dengan pelajar dari kelas lain yang dirasakan ‘senasib’ dengan dirinya. Perlahan-lahan dia sudah mula boleh menerima hakikat kegagalannya. Namun bila Juliet bagaikan memberi ceramah agar dia cepat-cepat pulih seakan memberi tekanan baru pada diri Anna. Komen Juliet tentang keadaan Hakim juga mengundang kemarahan dalam jiwanya yang masih kacau itu. Aku lebih kenal Hakim daripada sesiapa pun, apa yang Hakim rasa aku tau… I don’t need anybody to tell me how he felt, begitu hatinya memprotes. Tapi cepat-cepat dipadamkan api kemarahan itu, bimbang ia merebak dan menyebabkan dia mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati Juliet. “Ju, please…?” Juliet mengeluh. “As you wish…”
15 Anna mencebik, tidak puas hati apabila mendapati dia hampir kalah berlawan congkak dengan Hakim. Baru sebentar tadi Hakim menikam sejumlah besar guli-gulinya dengan tawa yang menjengkelkan hati. “Malas lah nak main lagi!” “Eh, pantang maut sebelum ajal, Anna. Tadi beria-ia cabar aku main congkak. Ni baru hilang guli sikit dah nak mengaku kalah dah?” Hakim tersenyum sumbing. Hilang guli sikit? “Kau ada buat perjanjian dengan dewa dewi congkak ke sebelum main dengan aku ni?” “Tolong sikit eh? Kau dari dulu kalau lawan dengan aku memang jarang menang. Sebab tu asyik ambik aku jadi partner kalau lawan dengan budak-budak lain,” Hakim memerli. Anna tersengih-sengih. Alamak, lupa lah pulak. Dari dulu bergantung harap kat Hakim je lah dalam apa-apa pun. Gasing ke, congkak ke, galah panjang ke, tuju tin ke… memang aku sure ambik Hakim jadi geng lah, sebab for sure menang, paling teruk pun seri. Tiba-tiba terasa seperti ada yang mencuit-cuit belakangnya. Geli! Bila ditoleh ke belakang, si kecil Idora, anak saudara kesayangan Hakim yang baru berusia setahun setengah sedang tersengih-sengih. Comel betul. Ditariknya Idora ke atas riba. “Dora, cakap la kat Achu suruh bagi can kat Cik Na eh?” Anna berbisik pada anak kecil di atas ribanya. Pada awalnya dia membahasakan dirinya sebagai Kak Na, namun setelah puas dipaksa Hakim, dia dengan berat hati menukar kepada Cik Na. Menurut Hakim tidak adil kalau dia dipanggil Achu manakala Anna dipanggil kakak sedangkan mereka sebaya dan membesar bersama. Idora ketawa mengekek. “Mana boleh kan? Dora sayang Achu lagi daripada Cik Na kan?” Hakim menyampuk. Mana boleh nak suruh niece aku berpaling tadah dengan pakcik sendiri. “Cik Na tak masuk geng kita. Kita kan kumpulan Dora. Achu Doraemon, Dora Doralin. Meh kat Achu, meh,” Hakim mendepangkan tangan. Mampus kena dengan abang aku kalau dia dengar aku panggil budak ni Doralin. Idora meronta perlahan, minta dilepaskan dari pegangan Anna. Sebaik sahaja terlepas dari pelukan Cik Na-nya, dia merangkak ke dalam pelukan Hakim. Hakim mengucup lembut pipi halus anak saudaranya itu. “That’s cheap!” Anna menjegilkan mata. “Siapa suruh start? Dahlah suruh Dora berpaling tadah kat aku.” “Berapa lama Dora kat sini?” Anna menukar topik. Permainan congkak mereka dilupakan. Hakim mengangkat bahu. “Sampai mak ayah dia balik lah. Aku ni menunaikan janji aku dulu…” “Oh…THAT promise,” Anna tersengih. Hakim buat-buat tidak tahu sahaja. “So… ada apa yang kau mau beritau aku?” Anna menjeling tajam teman di hadapan. Okay… this is creepy. “Tak ada lah creepy mana pun, Anna. Kau mana pernah nak mencabar aku main benda-benda ni sebab tau kau akan kalah. There must be something yang kacau fikiran kau sampai kau buat request yang tak berapa nak masuk akal ni,” Hakim bermain-main dengan rambut ‘spring’ Idora. Sebenarnya sejak Anna sampai kelmarin lagi dia sudah dapat mengesan perubahan gadis itu. “Somebody saw me like this…” “Macam ni?” Hakim merenung Anna seketika. Dengan rambut mencecah bahu yang dipotong layered, t-shirt lengan pendek dan berseluar trek. “A he?” “Umm…” Anna mengangguk. “Not on purpose…” “Siapa yang nak tengok kau macam ni on purpose?” “Hakim!” Hakim ketawa melihat Anna sudah mula marah-marah. Dia faham kegusaran Anna. “Siapa? Member sekolah?” “Tak… abang dia,” Anna mengetap bibir apabila teringat kembali insiden minggu lepas. Terasa ingin disorokkan wajahnya di mana-mana sebaik sahaja matanya bertemu dengan mata Luke. Tu lah, celupar sangat mulut tu cakap lagi rela kalau kantoi dengan Luke, kan dah termakbul. Ni semua Juliet punya pasal yang teringin nak makan aiskrim tengah malam buta macam tu. Merengek-rengek meminta dia mengambil aiskrim di dalam freezer di dapur. “Malu gila aku. Nak angkat muka pagi tu rasa macam tak sanggup.” “Abang Juliet yang first tu eh?” Hakim meneka. “Lepak ah…bukan sengaja pun. Apa yang kau kisah sangat pun? Aku tak terkira dah tengok kau macam ni. Lebih daripada ni pun ada.” Merah wajah Anna. “Shut up. Kau lain, mana boleh nak buat perbandingan macam tu.” Kemudian Anna tersenyum, dalam kepalanya timbul idea hendak mengenakan Hakim semula. “Kalau nak ikutkan, aku pun pernah tengok benda yang budak perempuan lain tak pernah pasal kau. Contohnya… kau punya cadar yang mak kau basuh semalam…aku macamhairan jugak, kau baru je balik cuti beberapa hari, dah nak tukar cadar dah…?” “Dora? Lapar dah? Achu pergi ambikkan nasi ye?” Hakim cepat-cepat memotong sebelum Anna dapat menghabiskan ayatnya. Dora terkebil-kebil memandang bapa saudaranya. Belum sempat dia mengeluarkan apa-apa bunyi, Hakim sudah terlebih dahulu mengangkat Dora dalam dukungannya. Anna ketawa kecil. “Anna?” “Ye?” “Tu tandanya aku lelaki yang sihat dan normal,” sedaya upaya Hakim mengekalkan suara dan mimik wajah yang serius ketika menuturkan kata-kata itu, menyebabkan tawa gadis itu terburai. *** Raziah dan Sulaiman berpandangan sesama sendiri di ruang dapur mereka apabila mendengar gelak tawa Anna dari ruang tamu. Dalam hati tertanya-tanya apa agaknya yang membuatkan anak gadis itu tergelak besar. Selalunya tawa anak bongsu mereka yang memenuhi rumah pusaka itu sekiranya Anna ada bersama. “Kenapa tu Hakim?” Sulaiman bertanya sebaik sahaja Hakim dan Idora muncul di dapur. Hakim mengetap bibir memandang ibunya. Raziah terpinga-pinga direnung begitu. “Mak, kenapa mak beritahu Anna pasal cadar malam kelmarin tu?” wajah Hakim sudah merah padam menahan malu. Kalau tadi di hadapan Anna dia masih mampu mengawal macho. Walaupun dia dan Anna membesar bersama-sama, ada sesetengah perkara yang dia tidak bincangkan dengan gadis itu. Giliran Raziah pula ketawa dengan pertanyaan Hakim. “Oh, pasal tu ke? Mak tak cakap apa-apa pun. Dia nampak mak jemur cadar semalam, dia senyum aje, tak ada pulak dia cakap apa-apa.” “Dia ingat kamu kencing malam kut, Hakim,” Sulaiman mencelah. Hakim menggelengkan kepalanya. “Taklah ayah, Hakim tau dia tak fikirkan tu…” “Tapi dia pernahlah jugak buat muka pelik bila ada sekali kamu suruh mak basuh kain pelikat kamu asing dari baju-baju lain depan dia…” “Masa tu orang tak perasan dia ada kat situ!” Hakim memotong. “…iyelah, mak tau. Tapi tak ada pulak dia tanya pada mak apa-apa. Mak rasa dia dah lama tau lah kot,” Raziah tersengih. “Apa yang kamu hairankan? Dia bukannya tak ada abang. Bukannya dia tak boleh nak tanya pada Nek Siah.” Betul jugak…Hakim menggaru-garu kepala. Cis, rupa-rupanya selama ni Anna simpan je benda tu jadi secret weapon dia. Idora menampar-nampar lembut pipi bapa saudaranya, cuba mengambil perhatian anak muda itu. Dia terasa diabaikan. “Pakcik, pakcik janji nak ajar Anna masak lemak cili api hari ni kan?” suara riang Anna menampar gegendang telinga Hakim. Hampir-hampir dia melompat kerana terkejut. Sulaiman tersenyum lalu menolak kerusi yang didudukinya ke belakang, membolehkan dia berdiri. Anak gadis itu sudah dianggap sebagai anak perempuan keluarganya sendiri. Anna lah yang menjadi teman Raziah berbual sekiranya dia tiada. Hendak harapkan anak-anak bujang mereka, tidak selalunya mereka berminat untuk mendengar kisah-kisah perempuan. “Jom, ayah dah sediakan bahan-bahan dah. Tunggu kamu turun dapur je,” Sulaiman kadangkala lebih suka membahasakan dirinya ‘ayah’ ketika berbual dengan Anna. Awalnya Hakim merasa jengkel juga mendengar Anna ber’ayah’ dengan bapanya, namun setelah beberapa kali ditegur Raziah, barulah dia mengalah. “Chu…”Idora bersuara apabila Hakim seolah-olah mengabaikannya lagi. Sulaiman dan Anna sudah menghilang ke dapur belakang. Sekali sekala suara mereka berbual dan ketawa kedengaran. Raziah menyambung tugasnya yang tergendala sebentar tadi. Hakim menepuk-nepuk belakang si kecil dengan penuh kasih sayang. “Nasi tak siap lagi lah Dora. Achu buat susu dulu ye?”
|